Profil PSS

Pada tahun 2006, PSS SMK Jawi telah berjaya memenangi Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Visi

1.Mengumpul, menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat kepada pelanggan sambil berusaha menjadikan PSS bertaraf gemilang.

2.Matlamat ini akan dicapai melalui pembangunan sumber perkhidmatan cemerlang serta memenuhi kehendak falsafah pendidikan negara

Misi

Mewujudkan PSS yang efektif dengan memberi tumpuan penuh terhadap pelanggan secara menyeluruh

Objektif

1.Menjadikan PSS sebagai ‘Nadi Sekolah’ dan nuklius bagi semua aktiviti P&P.

2.Mewujudkan budaya penggunaan sumber di kalangan murid dan guru.

3.Membentuk masyarakat pelajar yang bekerjasama dan dinamis.

4.Menjadikan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang mengamalkan budaya membaca untuk pendidikan sepanjang hayat.

Fungsi

1.Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat P&P.

2.Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai sumber dalam P&P melalui aktiviti P&P dan sistem yang memberangsangkan.

3.Merancang dan melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti untuk membina tabiat amalan membaca.

4.Menyediakan pelbagai kemudahan bagi membolehkan proses penyebaranmaklumat yang berkesan, untuk mencapai Sekolah sebagai Koridor Maklumat

Matlamat

Membentuk insan yang bermaklumat untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Rasional

1.Mewujudkan dan meningkatkan PSS yang berkualiti dan canggih mengikut perubahan kehendak pendidikan yang global.

2.Berkeyakinan bahawa program yang dirancang dengan teliti dan sesuai dapat meningkatkan mutu pendidikan dan pengunaan PSS lebih berkesan.

3.Berkeyakinan bahawa strategi yang dirancang ini akan dapat melahirkan pelajar yang 'Versatile' untuk menghadapi cabaran dan menangani perubahan di abad 21 ini.

4.Berkeyakinan pelajar berubah sikap ke arah mencapai hasrat dan cita-cita.

5.Mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan berdaya fikrah

Piagam
 
1.Menyediakan pelbagai jenis bahan P&P yang diperlukan.

2.Menyediakan kemudahan pinjaman

3.Menyediakan tempat yang selesa dan suasana pembelajaran yang paling baik.

4.Menambahkan koleksi bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini dari semasa ke semasa.

5.Bersedia dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik

Sejarah PSS SMK Jawi
 
Pusat Sumber SMK Jawi Pusat Sumber Sekolah SMK Jawi mempunyai Bilik Bacaan Induk atau Perpustakaan yang berkeluasan 1 bilik darjah yang mampu menampung seramai 60 orang murid dalam satu-satu masa. Bilik Audio Visual atau Alat Pandang Dengar (APD) pula mempunyai keluasan ¾ bilik darjah yang mampu menampung seramai 40 orang murid. Di samping itu PSS juga memiliki sebuah bilik Media yang juga berkeluasan separuh bilik darjah. Kesemua bilik-bilik tersebut ditempatkan di blok yang sama.

Pada tahun 2002, SMK Jawi mula ditubuhkan dengan Puan Zaiton bt Md Noor sebagai pengetua, beliau telah memberi keutamaan kepada pembangunan Pusat Sumber Sekolah. PSS mula menjalankan kerja-kerja memproses buku–buku bantuan kerajaan yang diterima hampir sebanyak 2000 buah buku pada penghujung bulan Mac 2003, di samping menjalankan proses susun atur perabot dan hiasan dalaman. Dengan sokongan dan dorongan yang berterusan daripada pihak pentadbiran, PSS berjaya beroperasi sepenuhnya pada 11 Jun 2003 (Rabu), PSS memulakan operasi sirkulasi pada waktu rehat setiap hari persekolahan. Seramai 37 orang pengawas yang membantu menjayakan operasi tersebut.

Menjelang tahun 2004 PSS mula beroperasi pada waktu petang pada 9 Februari 2004 (Isnin). PSS dibuka pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. Jumlah pengawas semakin meningkat iaitu seramai 58 orang kesemuanya bagi memastikan PSS dapat beroperasi setiap rehat pertama dan kedua sepanjang minggu dan bertugas pada waktu petang.

Bagi memastikan PSS dapat beroperasi dengan lebih lancar dan berteknologi tinggi, pihak sekolah telah berusaha mewujudkan sistem pengautomasian PSS bagi memudahkan proses pengrekodan bahan, pinjaman dan pemulangan yang lebih berkesan. Pada Julai 2004, operasi automasi sepenuhnya telah dijalankan dengan ihsan wang PIBG, PSS telah menggunakan Sistem Pustakawan.

Tahun 2005, jumlah bahan PSS telah meningkat lebih 4000 buah bahan termasuk buku, koleksi soalan, CD, transparensi, dll. PSS juga mengadakan tawaran hadiah setiap bulan kepada pelajar yang rajin membuat pinjaman. Di samping itu bilik SAL atau PAK di diwujudkan dengan kerjasama panitia-panitia mata pelajaran , bagi membolehkan murid mengakses maklumat di PSS dengan lebih maksimum.

Tahun 2006, PSS SMK Jawi telah mencapai matlamat awal iaitu menang Anugerah Pengurusan PSS Cemerlang bagi Kategori Sekolah Menengah daerah Seberang Perai Selatan. Dengan demikian PSS akan cuba untuk berusaha mengorak langkah lebih jauh lagi iaitu menyertai Partandingan PSS Cemerlang peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan.