Isnin, 21 Jun 2010

Bulan Membaca Akan Kembali!

Bulan Julai telah dipilih untuk dijadikan sebagai bulan membaca kebangsaan. Lebih kurang 8 hari lagi kita akan melangkah ke bulan Julai. SMK Jawi akan mengadakan sambutan bulan membaca mulai 5 Julai hingga 3 Ogos Insya Allah. Diharapkan agar semua warga SMK Jawi memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Rabu, 2 Jun 2010

KURSUS PENGURUSAN PSS SMK JAWI TAHUN 2010

AJK pengawas PSS 2010

Seramai 21 orang pengawas PSS yang baru telah terpilih untuk melaksanakan amanah sebagai pengawas PSS. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih. Jumlah ini telah menjadikan keluarga Pengawas PSS berjumlah 62 orang.

Pada 12 Februari lalu, para pengawas telah diberikan sedikit pendedahan tentang cara untuk menguruskan PSS agar PSS SMK Jawi dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada warganya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

• Ice Breaking
• Motivasi
• Pembahagian kumpulan mengikut unit dan hari bertugas
• Mesyuarat dan Pelantikan AJK Pengawas PSS tahun 2010

 
Pihak Pengurusan PSS amat mengharapkan kerjasama semua Pengawas PSS khususnya dan warga SMK Jawi amnya untuk bergerak seiring bagi menjadikan PSS kita sebagai nadi ilmu pengetahuan.

Pengawas pss (lelaki) @ kursus pengurusan pss

Atikah selaku ketua pengawas pss mengendalikan Mesyuarat pengawas pss

pembentangan ketua unit

perbincangan dalam kumpulan mengikut unit masing-masing
 

Pengawas pss (perempuan) @ kursus pengurusan pss

GOTONG ROYONG PSS KALI PERTAMA

Kerja.. jangan tension..

Pada 9 Januari 2010 yang lalu, seramai 10 orang Pengawas PSS telah melapangkan masa untuk bergotong royong membersihkan PSS sebelum dibuka untuk kegunaan warga sekolah.
Antara objektif program ini ialah:

a. Menyediakan PSS yang bersih dan ceria untuk kegunaan pelajar;
b. Mengeratkan hubungan sesama pengawas PSS; dan
c. Memupuk nilai kebersihan dan cinta akan sekolah dalam diri pengawas PSS.

bersama-sama membersih tingkap

Selasa, 1 Jun 2010

Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber SMK Jawi

Assalamualaikum Warahmatullalhi Wabarokhatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, Pusat Sumber SMK Jawi telah beroperasi sejak ditubuhkan pada tahun 2002 hingga kini masih meneruskan perkhidmatan pelbagai yang di tawarkan kepada anak-anak SMK Jawi. Kini, Laman Web yang pada mulanya bertapak di http://www.smkjawi.edu.my/ berpindah secara perlahan-lahan ke blog ini iaitu:-
di samping mudah beroperasi dan bersifat user friendly, semua pihak akan memuatkan bahan PSS SMKj dari semasa ke semasa.

Penggunaan sistem pengkatalogan sepenuhnya

Bahan yang menarik yang disusun mengikut susunan atau sistem pengkelasan dewey

Ruang yang luas dan selesa

Menyediakan layanan mesra kepada pelanggan